Thursday, 28 June 2012

Eh? Dah tutup... Tapi terbuka jugak...


GARAPAN INI BUKANLAH UNTUK MENYINDIR SESIAPA, SEKADAR PERKONGSIAN KITA SESAMA ISLAM. SEGALA-GALANYA DITANGAN KITA. TERPULANG UNTUK KITA MENENTUKAN ARAH HIDUP KITA. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK PERNAH MENZALIMI HAMBA-HAMBANYA MELAINKAN MEREKA YANG MENZALIMI DIRI MEREKA SENDIRI.


INILAH DOSA YANG DIPANDANG REMEH.

Ramai ibu bapa yang tidak kisah akan pakaian anak-anak mereka sama ada telah sempurna menutup AURAT atau tidak. Ibu bapa wajib mendidik dan mentarbiah ahli keluarga mereka untuk MENUTUP AURAT dengan betul.

       Telah ramai gadis-gadis Melayu yang melilit tudung mereka paras leher sekaligus menampakkan dada. Perihal ini, ada sebuah hadis tentang golongan ahli neraka yang disabdakan oleh Nabi S.A.W. dalam satu hadis :

"Dan orang-orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok)kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan-gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), Sungguh, mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak mendapat baunya..." (Sahih Muslim)

       Pada zaman ini, kita dapat melihat kebenaran yang dikhabarkan oleh Nabi S.A.W. dalam hadis ini. Barangkali sukar untuk digambarkan keadaan tersebut pada zaman itu. Kerana Nabi S.A.W. menyatakan dalam hadis yg sama : "Aku belum pernah melihat mereka ini". Ertinya pakaian seumpama itu belum ada pada zaman Jahiliah Arab dan para sahabat juga tentu tidak dapat menggambarkan keadaan tersebut. Berpakaian Telanjang? bagaimana dua perkataan yg berlawanan maksud ini boleh disatukan?

       Realiti semasanya, amat mudah untuk kita melihat pakaian sebegini dimana-mana. Sama ada mereka berpakaian dengan mendedahkan terus anggota tubuh mereka atau mereka mengenakan pakaian yg ketat dan sendat sehingga menampakkan bentuk tubuh. Kedua-duanya bertentangan dengan akhlak Islam yang menuntut Muslimah untuk menutup aurat dengan SEMPURNA.

       KEJAHILAN adalah faktor utama yang menyebabkan mereka tidak memahami keutamaan dalam memelihara aurat. sesungguhnya aurat yg zahir daripada anggota tubuh tersebut lebih berperanan untuk MENARIK PERHATIAN lelaki dan MENAIKKAN NAFSU SYAHWAT berbanding dengan menutup rambut atau kepala.

       Perbuatan mendedahkan bahagian tubuh ini LEBIH KEJI daripada mendedah rambut atau kepala. Bagaimanapun ini bukan hujah untuk membenarkan golongan wanita mendedahkan rambut atau bahagian kepalanya serta memperlekehkan wanita lain yang bertudung. Jumhur ulama berpendapat SELURUH ANGGOTA TUBUH PEREMPUAN adalah AURAT dan WAJIB ditutupi kecuali bahagian muka dan dua telapak tangan.

       Gaya terkini, kebanyakan remaja  didapati tudung dikenakan dengan baju lengan pendek yang sangat ketat dan seluar/jeans SENDAT. Disebabkan bahagian bawah bajunya pendek, maka terserlahlah bentuk punggung dan pangkal paha yag amat menggiurkan lelaki. Kelihatan seksi bila jalan tergedik-gedik. Alasannya, mudah... Up to date katanya.  Terdapat sesetengah kes, orang lelaki pula dimarahi kerana melihat bentuk anggota badan mereka sedangkan mereka yang menayangkan apa yang tidak patut ditayangkan. Astaghfirullahalazim... inilah yang dinamakan "BERPAKAIAN SEOLAH-OLAH TELANJANG" bermakna hukumnya sama mendedahkan aurat.

       Remaja Muslimah kini semakin hilang rasa malu dan maruah diri hanya tinggal kata-kata sahaja. Merelakan tubuhnya dijadikan habuan mata sang lelaki. Hal ini disebabkan mereka mengambil mudah, sengaja selak kain tayang betis semasa menunggang atau membonceng motosikal atas alasan terpaksa ditayang. Lebih pelik lagi,tak pula mereka berusaha untuk berseluar panjang dibahagian dalam kain untuk menutup auratnya. Panas katanya... sambil banyak mata-mata yang panas memandang dan panas jugalah hukumannya.

       Fesyen ini tak ubah seperti  pakaian orang kafir. sebagai umat Islam kita dilarang sama sekali untuk meniru atau menyerupai sesuatu kaum sama ada musyrikin atau kafirin. Rasulullah S.A.W. memberi amaran dalam satu hadis :

"Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka". (Sunan Abi Daud)

       Gejala tidak menutup aurat ini jugalah penyumbang utama kepada tercebur ke lembah penzinaan. Ramai yang tidak sedar apabila orang memandang bentuk tubuh seseorang wanita akan berimaginasi lebih daripada apa yang dipandang.

       Hal ini tidak boleh diletakkan di atas bahu kaum wanita sahaja. bagi kaum lelaki, janganlah hanya berdiam diri dan bersikap lepas tangan. Amar Maaruf Nahi Munkar itu wajib dilaksanakan disekeliling kita. Allah telah menciptakan wanita untuk lelaki memberi panduan ke arah jalan yang lebih diredhai Allah S.W.T. Kepada yang sudah pun beristeri dan anak, bimbinglah mereka. Kepada yang dalam hubungan yang belum mempunyai ikatan yang sah, beringat-ingatlah sesama sendiri untuk memelihara maruah diri.  Bersama kita terapkan nilai-nilai agama Islam yang suci dalam diri kita semua.

  
AYUH BERDAKWAH!!!
Wabillahitaufiqwalhidayah Assalammualaikum w.b.t.

Monday, 2 January 2012

My beloved IBU, Aku, KELUARGA, and SAHABAT (maaf la ada nama yg tidak disebut)

Saturday, May 7, 2011 at 9:44am... inilah masa aku buat entry ni....pada mulanya aku nak buat pada Notes Facebook, tapi nampaknya blog yg tak seberapa ni lebih sesuai... Kawan-kawan, inilah kisah hidup aku. aku tak peduli apa nak berlaku lepas ni. Hari ni aku edit dan post entry dan mungkin terpanjang dalam segala blog aku....


      Perkataan yang dah lama aku tak sebut, "IBU"....


Walaupun cerita ni agak panjang, tapi inilah hampir semua pengalaman aku.Tapi terima kasih la kpd semua orang yg terlibat dlm cerita hidup aku ni.
       Heh ingat lagi masa umur 4-5 tahun dulu.Famili ada bukak warung kat bus-stand lama(sekarang One Stop Yong Peng).Jual makanan mcm sup, nasi campur, nasi ayam, air mcm2 lagilah.Masa tu saya selalu tolong tolak stall warung dgn ayah masa nak bukak warung petang2.Setiap kali tu jugaklah ayah belikan tanglung cina yg boleh lipat tu kat Kedai Baka Taman Sri Aman.hehehe.Lepas tolong tolak, saya balik umah semula,\. lepas tu,malamnya kadang2 saya datang balik.Masa tu tujuan saya nak makan,beli buah berangan,dgn pergi Parkson(sekarang dah jadi KFC).Saya selalu bertemankan abang saya masa pergi ke Parkson tu.Hah bila pergi Parkson tu tujuannya ada dua, mula2 sekali tengok mainan.Yg kedua beli video tape VHS kartun yg dijual kat bahagian luar Parkson.Kadang2 ada jugak orang buat cop baju kat situ.Banyak helai jugak dah saya buat baju kat situ.dari gambar Power Rangers sampai ke lambang Batman.Bila naik tingkat 3 Parkson,saya aim kat tempat mainan.Wah ada mainan baru!!! nak beli ni!! memang jarang dapat mainan malam tu.tapi besok pagi,dah ada kat ruang tamu.entah bila dibelinya pun tak tau.ada satu malam tu saya nampak robot dinosaur.saya kata "nanti nak beli ni lah" lepas tu dah turun bawah balik rumah.besok pagi2 saya tengok IBU saya dah pegang mainan tu kat kerusi depan.Ingat lagi IBU kata,"Aish ni ibu punya!!" Lepas tu terus bagi kat saya.

       Tup...tup...umur saya dah 6tahun.maksudnya tadika lah...Terima Kasih tak terhingga kpd emak Fatahuddin kerana memberi borang Tabika Perpaduan kat IBU saya.Kalau tak,tak tau lah saya jd apa sekarang nih...Mula-mula saya memang sekeras2nya tak nak masuk tadika.Saya pernah cuba buang borang tu kat dalam longkang depan rumah.Tapi rupanya tu kertas lain.Maklumlah masa tu tak pandai membaca lagi.Sejak saya tadika, setiap pagi IBU yg kejutkan saya.Kelas tadika mula pukul 8.00pagi.Mungkin masa tu IBU kejut awal sikit kot.Bila kejut tu,mula2 IBU baring kat sebelah saya.IBU tepuk2 saya suruh bangun.Lepas tu paling yg ingat bila kat luar ada burung bunyi nyaring sangat.Setiap pagi burung tu mesti berbunyi.Bunyi burung tu pun macam sebut nama saya."PPIIIIIITTTTTTT!!!!".IBU kata,"Tu burung dah kejut tu!Dengar dia sebut "APPIIIIIIIIIIQQQ!!!!".Kalau saya tak bangun,IBU akan geletek saya sampai bangun.Lepas siap semua,ibu hantar saya pergi tadika naik motor.Tadika dgn rumah saya taklah jauh mana.tak sampai 1km lah dr umah jaraknya.Ada sekali moto tak boleh start.IBU pergi rumah Cina kat depan pinjam moto Yamaha Cina tu.Bila balik sekolah,IBU ambil saya.Sampai je rumah,siap tukar baju semua, tengok TV2 masa tu tengok cerita kartun Jepun,Tomatoman.Sambil tengok Tomatoman,ibu suapkan saya dengan nasi lauk udang kecik masak kicap.Tiap2 hari.ha lepas Habis Tomatoman je,TV2 ada program TV Pendidikan.Kadang2 ada kuiz Joe Jambul.masa tu abg akak saya skolah.ada yg kerja kot.tak ingat lah.Saya pun tonton TV sambil ibu kat dapur mengemas.

       Bila petang je,waktu main kat luar saya sampai. Saya selalu ke rumah Fatahudin yg jaraknya selang 3rumah dari rumah saya.Masa tu, tu lah geng saya Fatahudin atau saya panggil Idin, jiran sebelah dia, Nani Nafalya Sabrina,dulu tak tau pun nama dia panjang mcm ni sebab panggil Nani je,lepas tu adik Nani,Topan,hehehe masa tu adik nani yg last Noni yg juga digelar Kiki tu kecik lagi(ke belum keluar).Kadang2 ramai gak yg datang. Fahmi Harith,Fahmi Mansor masa tu umah dia kat Jalan Ciku, Eli,Alip(masa tu rumah dia kat sebelah rumah Pak Hashim) Razi,Aspa, Sarah(adik RaZI). Entah apa yg dimainkan pun tak ingat.masa tu port permainan kat umah Lisha(mana ko hilang?) sebelah rumah Aspa bawah pokok rambutan.syoknye.Yg ingat bila ada golongan2 ibu berkumpul(IBU saya kadang2 ada) dan baca suratkhabar.Masa dah pandai baca suratkhabar,Nani suka baca kuat2 tapi saya baca dlm hati.Cik Nina,mak Nani sound Nani,"akak baca perlahan sikit kak.Safiq baca senyap je".hehehe.ha lagi satu port permainan kat rumah Apek sebelah umah Nani dulu.main masuk je umah orang pastu buat macam rumah sendiri.kat situ la main bola, kat situ lah main kejor2,kat situlah main gasing. ha yg best nye..bila tgh ramai2 main kat situ mesti ada sorang yg jaga line.takut-takut Apek tuan rumah tu balik.bila apek tu balik,mesti ada yg jerit,"Woi apek balik woi!!!" semua cabut kluar.walaupun byk kali kena kelentong,tapi terpaksa percaya jugak,kena tengok jugak setiap kali dia jerit mcm tu.bila apek tu sampai umah je, semua budak budak dah keluar, semua buat dono je.tu yg terbaik tu! sampai la apek tu kunci rumah dia.aish..tu bukan penghalang bagi kitorang utk main dlm tu..kitorang tetap berjaya bukak pagar tu walaupun berkunci n tutup semula tanpa sebarang kesan.hehehe.Apek tu marah bila dia tengok lantai luar umah dia berlubang2 akibat kena gasing.Tapi rasanya apek tu ok kot kalau kita main kat umah dia elok2.masa tu pun saya dah minat muzik jugak.Ha masa tulah kumpulan Senario muncul(zaman ada Hamdan dgn Illya).Idin dah beli kaset Senario tu.hari2 saya datang rumah dia dengar lagu Senario.Lepas tu ayah belikan jugak utk saya.kaset lagu saya pertama.Lepas tu Idin beli kaset Jalil Hamid.Lepas tu saya bawak kaset KU2 yg bergenre rock alternatif.tapi tak dilayan Idin sebab dia tengok Muzik-Muzik masa tu hehehe

       Umur 7tahun.mulalah zaman sekolah rendah saya(SK SERI BERTAM 1997).tapi masa tu saya pelik kenapa Nani tak naik darjah satu(belum cukup umur rupanya).Bila pagi je,ayah hantar.Time rehat,IBU datang.yang kelakarnya bila time rehat,saya dengan fahmi harith akan berpimpin tangan sampai ke kantin hahaha memang tak bleh lupa masa tu sebab saya dengan fahmi je yang rapat sejak seblum tadika lagi.Bila IBU datang bawak bekal,IBU bawak ikan merah dgn nasi n air.Tup2 tiba2 saya sakit perut buat kali pertamanya kat sekolah.Cikgu Adibah masa tu terus call IBU datang.Lepas tu balik rumah kot...dah tak ingat..Kat Seri Bertam ni lah saya kenal (1997) Radin, Apis Basir, Yusrifaizallizan Abdullah,Shafiq Hamdin,Solehhin Soddickkin,Amalina,Azuan Abu Bakar,Raja firdaus,Md nur,Mohd. Nor(balik Indonesia katanye), Rabiatuladawiyah,Hidayah Ahmad,Azriati,Aus,Shazyla Sulaiman,Ainul Shafina,Syahira,Syafika Shariff,Nurlyana,Hakim Hashim,Nor Shafiqah Ahmad Sirajuddin(kena tumbuk dgn aku hehehe),Puteri Syafika Edora(2001),Puspita Sari(1998),Fariq Farhan(1999 pastu pindah,skrg dah contact blk)Amirul Azri,Shahnizam(chichit),Raja Ahmad Ikhwan(2000),Afiq Hidayat(2000),Haziq Mustafa(2000), Ahmad Shahrul Hanafi(2000 tah mana pergi kartunis sekor ni),FaizZainal(kena rotan cikgu belum kena dah aduih...aduih...), Nurfaralissa(2001) Fatimah Azwa(2001), Najihah(2001) Shafiqah Hishammudin(2001), Nabilah Zainuddin(2001 datang2 kena duduk sebelah aku hahaha),Zaitun(2002)

       Sampailah satu masa si Idin dengan Nani pindah ke tempat lain.Masa tu aku memang terpinga2 cari kawan.Nak jalan jauh,limit saya cuma sampai selang 5 rumah je jauhnye.Masa tu saya kenal Ain(entah mana dia sekarang) selalu pergi rumah dia main ayam dia.anak ayam dia.hehehe.Lepas tu ada sorang lagi budak baru datang.Ayul (Azrul anak Mat Selan).masa tu dia duduk kat sebelah kiri rumah saya selang 2rumah.dengan diorang la saya berkawan sampai Ain tu pindah Taman Kota.Lepas tu Ayul pindah jugak.lepas tu Alip pun pindah depan rumah fahmi harith yg jaraknya200m lebih kot dari rumah aku.limit aku cuma lah selang 5rumah saja.huh.

       1998,saya masuk sekolah agama fardhu ain(ustazah Saadiah).Alhamdulillah,masa tu ada program kalau periksa ok terus naik ke peringkat agama darjah 2(ustzah Rozinani isteri ustaz Hasran).takpayah nak fardhu ain tahap 2.ada sekali tu saya betul2 boring tinggal kat rumah.dlm berapa jam lagi nak pergi sekolah agama ni. boleh pulak masa tu Fahmi Harith lalu bawak basikal GTnya kat depan rumah saya.dia kata "jomlah ikut aku pergi kedai aku(kat bus-stand skrg),lepas tu baru kita gi sekolah agama naik basikal.aku belanja ko air milo.lepas siap2, saya bawak basikal BMX abang saya yg saya dah spray warna tah apa2 menghala ke taman kota.dalam hati ni Tuhan je yang tahu takutnya sebab tu la pertama kali saya bawak basikal sejauh tu(jalan dari surau Tmn Sri Aman menghala ke Taman Kota).Tiba-tiba berselisih dengan IBU yg bawak van dari arah bertentangan.masa tu IBU kata "BALIK!!!!" Siap kau!!bukan main lagi ae ko!!!Ko balik sekarang!!!" sampai rumah kena tibai, basikal kena campak kat luar.perit tu!! trus ponteng skolah masa tu..hehehe masa darjah brapa tah...dah mula naik basikal sendiri.masa 1st time bwk basikal,ayah follow blakang.hehehe.smpai skolah terbatuk-batuk.tak biasa.Kat sekolah agama ni la saya jumpa budak sekolah lain mcm Khairul Rizuan, Reme,Hasif,Indrali,Padil,Hafiz Safini,Zainahtul,Nabilah Huda,Zafirah,Fatin,Nadirah,Khairul Amin,Faiz Komando,noreen, dll.sempat jugak merasa kelas ajaran Allahyarham Ustaz Fadhil(darjah khas 2004).

       Masuk form 1(SMKYP2003).masa tu sekolah agama pulak sesi pagi.bila balik sekolah agama kadang2 IBU ambik kadang2 Ayah/abg ambik.Petangnya masuk sekolah menengah.Masa tulah baru kenal Hannan,Akid Sabarudin,Mushrin,Aisyah Yusof,Siti Atina,Amir Hamzah,Aqilah sumadi,AzliSuhaila Kemi, Khesava, Sugenthan, Afiqah,Nathisa dll. Yg ikut daftar masa tu ayah.tarikh daftar 13 januari 2003.cikgu Zamri yg jaga kaunter.Report card pertama IBU yg ambil.Cikgu Salasiah(guru kelas) terkejut rupanya saya adik kpd abg saya yg terkenal di SMKYP dulu(kenapa tu biarlah rahsia).Naik form 3,masa nk ambik repot card utk form2,pun IBU saya ambik Cikgu Hanezah Hassan(guru kelas) kata gred saya turun sebab tu dari kelas A form 2 turun 3B.IBU bagitahu cikgu,"ni kat rumah main gitar,treng treng treng je cikgu."hehehe... malu siot.takpelah salah sendiri jugak.dapat result PMR.boleh tahan jahanam jugak la result.heheh.yg tak tahan masa form 4.mohon kelas Sains,dapat kelas IT,mintak tukar masuk kelas Sains,dapat.tapi dari ramai2 budak Melayu kat kelas tu, tinggal 4 orang je budak Melayu yg tinggal. Kelas Sains 1 lagi best tinggal sorang je..depa smua pi Sekolah Teknik masa tu.haduiiii... tapi tinggal berlima ni la(yg lg sorang tu asik menyelit kat kelas sebelah je) yg sama-sama jatuh,sama-sama bangun dengan India sorang Sugenthan.Main Roda Impian masa Kimia,gelak2 masa Biologi sampai kena pindah tempat tapi lepas tu gabung balik jugak,Cover mcm beri tumpuan masa Fizik..tapi experiment mmg no 1 lah... heheh..terbaik.Paling best bila puan pengetua Lim Suan Bee lepak dgn kami kat dlm kelas masa pelajar2 Cina & India ada program.tinggal 4 orang dlm kelas tu...Sugent ada kot..Alhamdulillah SPM ok la jugak..bila tunjuk kat IBU masa kat warung,IBU terus cium aku depan orang ramai sebab dapat result yg xbrapa nk ok pada aku.

       2008,perkara yg tak disangka2 berlaku.ingatkan saya xkan merasa masuk Dato Seth.rupanya kat situlah rezeki saya.mula2 tu dah tanam target nak keluar dari sekolah ni!! nak pergi YPJ katanya...mesti!! tapi lama kelamaan rasa serasi tu datang.memang berbeza sangat dgn SMKYP.kawan pertama saya dulu Faiq.setiap tempat ada kelebihan dgn kekurangan masing2 kan?saya yg dulu beria-ia nak blah dari SMKDS, tapi kawan2 saya yg pergi keluar.mula2 memang mati kutu.last2 alhamdulillah.saya dapat bercampur dgn baik dgn warga original SMKDS termasuk guru2nya.ha kerana budak2 original SMKDS ni la saya dapat mempelajari selok belok short cut jalan dlm parit awang yg saya masuk tak pernah cecah ke parit amil pun(dengan moto)sampai ke dalam.terima kasih geng!.saya start rapat dgn budak2 lain selain faiq kat dato seth ialah dgn Ustad.masa tu kat bilik komputer yg tempat cikgu Salleh selalu guna tu.terconteng baju Ustad masa tu.hehehe !kat dato'seth ni la saya jumpa amir arsad,izwan,rezwan, riz, lazihan, ah boon,kamaruzaman,wan azhar,ais, uis, paan sukaimi,azzam,faiq,velan, surender, wan nazrin, ila,afifah, affin, maziah, hidayah, shi hui, fairus, adibah, fauziah, aina, masek, timah,asmina, haslin, CIDOT, dll.(yg perempuan ramai no..).2009,lepas dapat result STPM, IBU tanya,ni result ni ok tak ni?lepas jelaskan,baru IBU faham lepas tu terus cium aku di warung juga didepan orang ramai.

       2010,semuanya bermula seperti biasa.tapi masa sebelum Ramadhan lagi, IBU mula batuk2.Suaranya makin lama makin hilang.Ketika hari raya, kami sekeluarga tetap menziarahi sanak saudara.Selepas raya, keadaan makin serius sehingga di tahan di Hospital Pakar. Kemudian ditukar kepada Hospital Kerajaan utk Chemotherapy.........saya ingat lagi mata IBU pandang saya masa kami melawat IBU pada malam majlis perkahwinan sepupu saya.......dan itulah kali terakhir ibu merenung saya.Waktu maghrib pada hari 7 okt(Khamis),saya baru saja sampai rumah pulang dari hospital Batu Pahat melawat ibu.lepas maghrib Kak Long telefon IBU nazak.Bila sampai di hospital jam 8lebih, ada kawan baik ibu,Mak Mun dan kawannya.ayah sedang memeluk IBU, abang, Kak Long, Kak Ngah sedang menangis.Selepas itu,Mak Mah sekeluarga datang,keluarga abang ipar saya datang(besan pada Ayah).Kemudian lebih kurang jam 10.03malam, IBU menghembuskan nafasnya yang terakhir...

       Tanggal 27 Disember 2010, aku berjaya menjejakkan kaki ke Institusi Pengajian Tinggi dan aku mengenal Muhafiz, Fahmi Khimis, Ekram, afiq Akmal, Syafiq(muo & segamat), Hafiz(korea), Matdin, Arab, Azam, Burhanuddin, Fadhullah, Khairul(K), Azlan, Ammar, Firdaus (Imam), Bukhari, Am, Asyahideen, Nizam, Azlan(Lan Nyer), Nizar, Mahyuddin, Wan (Endos), Jerin, Hafeez, Nik, Farhan, Adelee(Abe), Roy, Wafiy, Hanif, Faiz, Shahrin, Shazwan, Aizat(Wong), Aizat (IpoH), Shah(Kedah), dan wanita-wanita yg tak dapat disebut namanya akibat ramai sangat. Apa yg membuat aku terasa sangat apabila IBU tak sempat pun mengetahui akan berita ini. Aku mungkin dah kecewakan IBU bila menolak tawaran klej KPTM dulu... Rasa bersalah tu masih ada kerana IBU tak sempat nak tengok aku masuk belajar tinggi.... 

Ya Allah... Aku tahu aku selalu melupakanMu, tetapi janganlah kau letakkan dosa-dosaku atas ibuku...biarlah aku yang menanggung akibatnya... Arwah IBU yg sangat tegas tapi pendengar yang paling baik yang aku pernah ada. Pak Cik aku kata, he has the best sister that he ever had. tak ada lagi Permaisuri Hati bagi diri aku selain IBU. Kakak dan abang aku masih ada IBU ketika di perantauan dulu. Tapi bukan aku.

      IBU, anakmu yang paling bongsu dan paling nakal ini kini mengenangmu seorang diri ketika di perantauan... Biarlah aku sendiri merasainya untuk menjadikan diri lebih kuat(lebih kuat kalau IBU ada)... Tapi IBU kita ada rahsia yang orang lain tak tahu :-) Kalau tercapai, alhamdulillah...tercapailah hasrat IBU tu... Kalau tak mungkin ada hikmahnya kan, Bu? 

Lastly, saya sayang IBU... 

Kini IBU dah tak ada...
Setiap saat kami hanya merindukannya...
Bukan hanya keluarga...
juga teman-temannya...
Rindu suaranya....
Rindu urutan kasihnya....
Rindu ketawanya....
Rindu kemarahannya...
Rindu kesayangannya...
Rindu perhatiannya...
Rindu pandangannya...
Rindu ciumannya....
Rindu kehangatan pelukannya...
Hanya kenangan dapat mengubat....
Kami disini mendoakan kebahagiaanmu...
Di sisi Illahi....

---Al-FATIHAH (buat Allahyarhamah Sitam binti Othman)---