Thursday, 28 June 2012

Eh? Dah tutup... Tapi terbuka jugak...


GARAPAN INI BUKANLAH UNTUK MENYINDIR SESIAPA, SEKADAR PERKONGSIAN KITA SESAMA ISLAM. SEGALA-GALANYA DITANGAN KITA. TERPULANG UNTUK KITA MENENTUKAN ARAH HIDUP KITA. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK PERNAH MENZALIMI HAMBA-HAMBANYA MELAINKAN MEREKA YANG MENZALIMI DIRI MEREKA SENDIRI.


INILAH DOSA YANG DIPANDANG REMEH.

Ramai ibu bapa yang tidak kisah akan pakaian anak-anak mereka sama ada telah sempurna menutup AURAT atau tidak. Ibu bapa wajib mendidik dan mentarbiah ahli keluarga mereka untuk MENUTUP AURAT dengan betul.

       Telah ramai gadis-gadis Melayu yang melilit tudung mereka paras leher sekaligus menampakkan dada. Perihal ini, ada sebuah hadis tentang golongan ahli neraka yang disabdakan oleh Nabi S.A.W. dalam satu hadis :

"Dan orang-orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok)kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan-gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), Sungguh, mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak mendapat baunya..." (Sahih Muslim)

       Pada zaman ini, kita dapat melihat kebenaran yang dikhabarkan oleh Nabi S.A.W. dalam hadis ini. Barangkali sukar untuk digambarkan keadaan tersebut pada zaman itu. Kerana Nabi S.A.W. menyatakan dalam hadis yg sama : "Aku belum pernah melihat mereka ini". Ertinya pakaian seumpama itu belum ada pada zaman Jahiliah Arab dan para sahabat juga tentu tidak dapat menggambarkan keadaan tersebut. Berpakaian Telanjang? bagaimana dua perkataan yg berlawanan maksud ini boleh disatukan?

       Realiti semasanya, amat mudah untuk kita melihat pakaian sebegini dimana-mana. Sama ada mereka berpakaian dengan mendedahkan terus anggota tubuh mereka atau mereka mengenakan pakaian yg ketat dan sendat sehingga menampakkan bentuk tubuh. Kedua-duanya bertentangan dengan akhlak Islam yang menuntut Muslimah untuk menutup aurat dengan SEMPURNA.

       KEJAHILAN adalah faktor utama yang menyebabkan mereka tidak memahami keutamaan dalam memelihara aurat. sesungguhnya aurat yg zahir daripada anggota tubuh tersebut lebih berperanan untuk MENARIK PERHATIAN lelaki dan MENAIKKAN NAFSU SYAHWAT berbanding dengan menutup rambut atau kepala.

       Perbuatan mendedahkan bahagian tubuh ini LEBIH KEJI daripada mendedah rambut atau kepala. Bagaimanapun ini bukan hujah untuk membenarkan golongan wanita mendedahkan rambut atau bahagian kepalanya serta memperlekehkan wanita lain yang bertudung. Jumhur ulama berpendapat SELURUH ANGGOTA TUBUH PEREMPUAN adalah AURAT dan WAJIB ditutupi kecuali bahagian muka dan dua telapak tangan.

       Gaya terkini, kebanyakan remaja  didapati tudung dikenakan dengan baju lengan pendek yang sangat ketat dan seluar/jeans SENDAT. Disebabkan bahagian bawah bajunya pendek, maka terserlahlah bentuk punggung dan pangkal paha yag amat menggiurkan lelaki. Kelihatan seksi bila jalan tergedik-gedik. Alasannya, mudah... Up to date katanya.  Terdapat sesetengah kes, orang lelaki pula dimarahi kerana melihat bentuk anggota badan mereka sedangkan mereka yang menayangkan apa yang tidak patut ditayangkan. Astaghfirullahalazim... inilah yang dinamakan "BERPAKAIAN SEOLAH-OLAH TELANJANG" bermakna hukumnya sama mendedahkan aurat.

       Remaja Muslimah kini semakin hilang rasa malu dan maruah diri hanya tinggal kata-kata sahaja. Merelakan tubuhnya dijadikan habuan mata sang lelaki. Hal ini disebabkan mereka mengambil mudah, sengaja selak kain tayang betis semasa menunggang atau membonceng motosikal atas alasan terpaksa ditayang. Lebih pelik lagi,tak pula mereka berusaha untuk berseluar panjang dibahagian dalam kain untuk menutup auratnya. Panas katanya... sambil banyak mata-mata yang panas memandang dan panas jugalah hukumannya.

       Fesyen ini tak ubah seperti  pakaian orang kafir. sebagai umat Islam kita dilarang sama sekali untuk meniru atau menyerupai sesuatu kaum sama ada musyrikin atau kafirin. Rasulullah S.A.W. memberi amaran dalam satu hadis :

"Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka". (Sunan Abi Daud)

       Gejala tidak menutup aurat ini jugalah penyumbang utama kepada tercebur ke lembah penzinaan. Ramai yang tidak sedar apabila orang memandang bentuk tubuh seseorang wanita akan berimaginasi lebih daripada apa yang dipandang.

       Hal ini tidak boleh diletakkan di atas bahu kaum wanita sahaja. bagi kaum lelaki, janganlah hanya berdiam diri dan bersikap lepas tangan. Amar Maaruf Nahi Munkar itu wajib dilaksanakan disekeliling kita. Allah telah menciptakan wanita untuk lelaki memberi panduan ke arah jalan yang lebih diredhai Allah S.W.T. Kepada yang sudah pun beristeri dan anak, bimbinglah mereka. Kepada yang dalam hubungan yang belum mempunyai ikatan yang sah, beringat-ingatlah sesama sendiri untuk memelihara maruah diri.  Bersama kita terapkan nilai-nilai agama Islam yang suci dalam diri kita semua.

  
AYUH BERDAKWAH!!!
Wabillahitaufiqwalhidayah Assalammualaikum w.b.t.

No comments:

Post a Comment