Tuesday 13 December 2011

Tatap Wajah Mereka........

pic credit : adrianaizat.blogspot.com
 Lupakan sebentar urusan anda
 utk renungkan ini...
 bersedia? baiklah...
 cuba kita kosongkan fikiran kita...

 kemudian bayangkan
 wajah ibu dan ayahmu...
 sudah? perhatikan
 kedutan2 diwajah mereka.
 lihatlah tangan mereka yang beurat...
 tapak tangan mereka yang kasar.. rasailah keperihan mereka...
 dan lihat ke dalam mata mereka. apa yg anda lihat?
 di situlah terletaknya harapan seorang ibu..
kepada anak-anaknya untuk berjaya.
bukan wang ringgit dan harta mereka mahu,
pic credit : matahati01.wordpress.com

tetapi kejayaan kita
sebagai anak-anak yg menjadi dambaan mereka..
lihat mata ayah..
berpenat lelah berkeringat demi anak-anak..
suatu kepuasan bagi mereka
melihat anak-anak mereka terus hidup
dengan makanan hasil keringat mereka...
lihatlah kening mereka..
yang selalu bergerak mengikut perasaan ketika dulu...

pic credit: copyright controlled
lihat bibir mereka yang semakin kering
tidak lagi segar seperti dulu...
itulah bibir yang mengajar buruk dan baik dalam kehidupan...






pic credit : langkahsepi.wordpress.com

perhatikan badan mereka
yg kini semakin membongkok...
badan tempat kita alas
untuk tidur semasa bayi..
kini tidak lagi seperti dulu...
lihat jari jemari mereka...
terus mengira waktu
untuk pergi menemui Pencipta...
Lihat kaki mereka...
kaki yang kini kering dan berkerak
akibat berjalan demi rezeki anak-anak...
yang menampung berat kita semasa kita kecil...
renungkan wajah mereka dan tataplah selama mungkin...
hayati apa yang mereka lalui...
demi kita anak-anak...
kenanglah jasa mereka wahai anak-anak...
SEBELUM KAMU MELAKUKAN SESUATU YANG BODOH...
FIKIRKAN TENTANG MEREKA...
FIKIRKAN TENTANG MEREKA...
FIKIRKAN TENTANG MEREKA...
Al-Fatihah buat yang tiada...

(Khas buat Hj. Ahmad Abd.Rahman & Allahyarhamah Sitam binti Othman)

Sunday 19 June 2011

Belasungkawa Allahyarham Zami Ismail aka Pak Uda dalam kenangan...

Allahyarham Zami Ismail @ Pak Uda
(1944 - 2011)

Allahyarham Zami Ismail, 67, yang juga dikenali sebagai Pak Uda telah kembali ke rahmatullah pada 19 Jun 2011 pada jam 10.30 pagi di IJN dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak. Pak Uda meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim dan sembilan orang anak. Pak Uda merupakan seorang pelakon dan penerbit yang mula berkecimpung dalam arena perfileman pada 1985 dalam filem Roda-Roda. Selain itu, Pak Uda merupakan watak utama dan favourite di dalam sitkom-sitkom popular negara suatu masa dahulu iaitu Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Salam Pantai Timur dan lain-lain.



Matsom(1990) arahan Hatta Azad Khan. Pelakon Utama Imuda, Tiara Jacquelina, Zami Ismail,
Adibah Amin
Selain itu, kewibawaan Pak Uda sebagai pelawak telah terbukti dengan pencapaian beliau memenangi Anugerah Pelakon Komedi Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-9 walaupun mendukung watak pelakon pembantu dalam filem Matsom arahan Hatta Azad Khan pada tahun 1990 dan tercalon sebagai Pelakon Pembantu Terbaik Festival Filem Malaysia ke-11 bagi filem yang merangkul Filem Terbaik bagi temasya itu iaitu filem Wanita Bertudung Hitam arahan Dr. Mahadi J. Murad.


Allahyarham Zami Ismail (dua dari kiri) dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah
Pak Uda telah membintangi sebanyak 17 buah filem sepanjang karier beliau antaranya Matsom, Gadis Bertudung Hitam, Tuah, Cinta Rosevilla, Sara, No Problem, Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Shh... Dia Datang, dan filem terakhirnya Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit arahan Mamat Khalid. 




Sedutan Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu
Masyarakat mula mengenali nama Zami Ismail sebagai Pak Uda di dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu terbitan Hafsham yang turut dibintangi Imuda(Budin), Ahmad Busu(Mat Deris), Allahyarham Mohammad Abdullah(Pak Busu), Wan Maimunah(Mak Usu), Angeline Tan(Lucy), Sathya(Ravi), Sabri Yunus(Wan Ismail Golok), Sulaiman Yassin(Mat Over), Khatijah Tan(Mak Ngah), Marlia Musa(Ana), Accapan(Siva) dan ramai lagi. Gelagatnya yang berjalan terkedek-kedek, dengan berbutang baju senget bersongkok haji dan memainkan peranan sebagai naib ketua masyarakat di flat Sri Wangi. Watak beliau merupakan watak yang ditunggu-tunggu oleh penonton oleh kerana wataknya yang bersahaja terutama ketika bermanja dengan isterinya Mak Ngah dengan panggilan gelaran masing-masing sebagai Ayang dan Anje. Semestinya Semua Peminat akan merindukan saat manis adegan-adegan Pak Uda dan rakan-rakan dalam sitkom fenomena Pi Mai Pi Mai Tang Tu.


Dengan pemergian Allahyarham Zami Ismail maka hilanglah seri industri pelawak negara. Beliau merupakan pejuang seni yang berjuang hingga ke akhir hayat. Sesungguhnya kami akan merindukan gelagat Pak Uda yang menceriakan hari-hari kami. 


Terima Kasih Zami Ismail@Pak Uda. 


Al-Fatihah.

Wednesday 25 May 2011

Asalamualaikum...

Allah.. aku memang tak de masa nak mengupdate aku punya blog... xpelah.. ini penjenamaan semula blog aku.. kali ni aku akan kerapkan..cuma mungkin berbeza gaya dan cara.. selepas ini aku akan letakkan segala tulisan yang aku fikir dan garapkan di dalam blog aku... tentang kehidupan, cinta dan sebagainya.. juga sedikit cerita pendek... memang cepat masa berlalu..tapi hidup semakin pergi. apa ceritalah result final aku..kwn2 good luck la ye utk exam nanti...

Monday 18 April 2011

Akhirnya kelihatan Jalan Keluar

Alhamdulillah..lama tak update blog ni.. sedar tak sedar dah final exam utk semester satu ni dan berjaya jugak membuktikan TV bukan segala-galanya. hehehe.. teringat lagi masa first orientasi(MDS) berjalan ke sana ke mari, pergi UiTM Shah Alam, tension, marah, gelak, muzik, dan segalanya dah di lalui sampai la ke akhir semester ni... Alhamdulillah... hidup pun aku...tak mati pon..sekarang ni final exam season.... Allah rasa tak cukup usaha aku ni... apa-apa pon tawakal pada Allah SWT.. tak berani nak letak harapan yg tinggi... tapi tengok je la nanti, sama ada terus atau dismiss,,, ok wassalam

Thursday 24 March 2011

Berubahnya Arah Angin & Ancaman Peluang


bERUBAHNYA ARAH ANGIN
kadang-kadang bila kita berdiri ditempat yang lapang, kita boleh rasa arah tiupan angin yang berubah-ubah. Apa yang Allah jadikan disekeliling kita ni semuanya saling berkait. Antaranya manusia dengan angin. dalam aspek manusia, angin itu merupakan mood, atau perasaan kita. sepertimana angin, ia sering berubah haluan, sekejap ke utara, kejap ke selatan, timur, barat. macam perasaan kita, sering berubah-ubah.ada time la..mcm angin jugak, perasaan berubah tanpa perlu diubah oleh kita.secara automatiknya akan berubah sendiri. mungkin semalam kita gembira, tapi bila bangun dari tidur, kita boleh jatuh mood...entah kenapa jadi macam tu masih menjadi misteri walaupun pelbagai teori telah di ketengahkan. tapi itulah salah satu kehebatan Allah.. membuktikan Dia mampu mengubah segalanya dalam kurang sekelip mata sekalipun. walaupun perkara yang sering kita terlepas pandang dan kecil.ia mampu mengubah seluruh hidup kita.ingatlah walaupun berubah sekecil zarah, sebesar jasad kesan mampu terubah...


ANCAMAN PELUANG

kita sering terlepas peluang, bukan kerana kita tak nampak peluang itu, tapi hanya biarkan peluang itu hanyut dek kita. Salah satu sebab nya, bila kita rasa peluang itu adalah ancaman bagi kita. Bak kata orang, Peluang hanya datang sekali. Cliche nya ayat ini samalah macam orang rasa peluang itu dah tak ada nilai. sesuatu peluang itu turun nilainya bila kita melihat ancaman di sebalik peluang itu. bayangkan kita dalam situasi di hutan, kita ternampak buah yang cukup segar, masak dan ranum dan kita mahukan buah itu. disamping itu jugak, kita ternampak duri-duri di dahan pohon buah itu yang menghalang kita dari memetik buah itu.ancamannya hanyalah duri tersebut,akhirnya kita membiarkan buah itu disitu untuk menunggu waktu busuknya sia-sia sahaja. rugikan? tapi itulah yang berlaku disekeliling kita. walaupun benda yang baik tetap mencari buruknya yang baik itu. ayat-ayat seperti, " Nanti kalau aku..", "boleh ke tak ni?...","ee..nanti aku kena...", dan sbgnya,inilah yang menjadikan peluang itu satu ancaman. Sebenarnya, bila kita melihat sesuatu, lihatlah dengan mata hati, bukan mata atas pipi. tapi bila kita dah terbiasa dengan soalan-soalan yang menutup mata kita daripada nampak peluang terus menjadi ancaman yang mampu membunuh hidup dalaman kita.Kita sememangnya dah tak boleh mengubah paradigma kita yang sering melihat peluang sebagai ancaman. tapi kita hanya boleh membantu diri kita untuk tidak terus berfikiran serong di dalam apa jua keadaan, perkara. Ikut hati mati, Ikut rasa binasa. susahnya kita untuk mendapat peluang. tapi lebih sukar jika peluang yang ada dirasakan jerat... Tak salah masuk jerat, bila masuk jerat ada dua jalan... terlepas dan terkandas.. tapi itulah hidup.. Persamaan hidup sama dengan ditambah dengan masalah, di darab dengan jerat, ditolak dengan keberanian, dibahagi dengan tawakal... Apapun yang terjadi, itulah yang terbaik buat diri kita...

Monday 14 March 2011

Cita-Cinta...

Asalamualaikum.. nak tau kenapa bukak cerite Cita-Cinta ni? ni sebenarnya judul lagu yg dinukil oleh Riz dari band Prahara(apa kabor le band aku ni sekarang) ...tetiba je terfikir... nak ke Universiti ni nak kejar Cita ke, kejar Cinta? ada sorang member aku ni masa mula masuk U, aku rasa semangat nak belajar tu ada membara-bara..masa masuk tu baru lepas clash kot.. tapi bila masuk U, dapat kenal dgn awek baru, couple... sejak tu, tak reti lekat kat umah..yg best bila Pitipiti N dah masuk.. beli laptop...main games dgn movie tak habis2. culture shock ke?sejak tu aku mula terfikir.. mana pergi semangat dia? aku fikir kat diri aku plak...mana semangat aku pergi?mana pergi semangat nak dapat pencapaian yang terbaik? Mudah sangat putus asa..kita ni memang mudah nasihat orang tapi diri kita sendiri yang patut dinasihat. bila dah terhantuk baru nak terngadah. serius aku hormat and tabik habis kat diorang yang mampu mengawal benda2 yang membantu kita untuk jatuh. macam Fad, Paan(OM223), fahmi,dia nampak degil tapi fikiran dia terbaek.walaupun aku baru kenal diorang..tapi betullah..pengalaman mengajar... orang yang tidak berfikir akan pengalamannya sama seperti orang yang buta berjalan di malam hari tanpa tongkat untuk menunjuk jalan. Insya-Allah, kalau boleh, ada rezeki dapat la hendaknya sambung lagi pembelajaran pada sem depan..sebab aku dah mula nampak jalan...tapi samar2 lagi. Dalam hidup ni, CINTA BOLEH DICARI DI MANA-MANA, TAPI CITA HANYA SATU JALAN SAHAJA UNTUK MENDAPATKANNYA...

Sunday 13 March 2011

Rasai kehangatan

bila dah masuk universiti ni, macam2 yang di lalui. ada yang buruk, sedih, mengecewakan, kepenatan paling utama, tido tak cukup..tapi tak kurang jugak yang menggembirakan. gelak, menyanyi dengan kawan2 yg xsmpai setahun pon kenal. tapi kami dah macam adik beradik.memang ada terasa kadang2 bila ditegur. tapi sudah menjadi adik beradik, carik carik bulu ayam lama2 bertemu balik kan? tapi ni lah lumrah yang dilalui saban tahun dari mula universiti kat Malaysia ni ditubuhkan, in lah benda yang dilalui.sama...cuma latar masa, tempat dan masyarakat yang berbeza2.tapi kat mana pon kita brada, dalam negara ke, luar negara ke, tetap sama.. bercakap pasal luar negara.. teringat kat Jepun yang baru kena Tsunami. Nasib baik member aku Hannan dah balik sehari sebelum bencana berlaku..tapi kan ada orang cakap bencana ni berlaku bukan sebab semulajadi, tapi ada satu pelepasan kuasa dari tentera Illuminati(nak tau Search kat mana2 taip Illuminates) Wallahualam... apa2 pon simpati yg teramat sangat kepada mereka yg terkena bencana. Sesungguhnya Allah itu Maha berKuasa atas tiap2 satu perkara. Aku dah mula takut sebenarnya bila terjadi benda2 macamni. entah bila Allah nak uji kita... aku pon masih hidup di awang-awangan lagi..bila lah aku nak sedar...

Saturday 12 March 2011

Jari mula berkata...

Asalamualaikum... Tiba2 tergerak nak buat blog.. dulu ada buat tapi lupa dah apa alamatnya... takpe orangkata yg dulu biar je berlalu... yg mendatang kita tak boleh biarkan berlalu.. kot2 kita boleh dapat rezeki dari situ.. InsyaALLah... sejak masuk Uitm Puncak Alam nih, macam2 benda dah jadi kat aku..bukan ape.. benda2 yg tak pernah dan yg tak pernah hingin aku buat aku kena wat jugak... tu lah kalau Allah kata ko nak kena, memang kena punya. by the way apa yang aku rasa aku tak boleh buat sekarang aku tak sangka aku boleh buat. Alhamdulillah...tapi ada jugak benda2 yang aku kantoi... Allah...aku tak tau nak buat macamana... tapi Allah tu ada...aku percaya dia boleh tolong... tapi Allah takkan tolong orang yang tak mahu tolong dirinya sendiri...kadang2 aku mcm tu la.. Ya Allah tolong ubah aku... Sesungguhnya kau maha berkuasa atas segala-galanya... tapi kenapa jari?? kenapa aku pilih jari sebagai status ataupun title aku?? sebab bagi aku jari ni adalah sesuatu yang paling unik. ia melambangkan kesempurnaan, dengan jari kita berderia sentuh. dengan jari kita bekerja, dengan jari kita menghilangkan kesedihan.. dan dengan jari juga kita berkomunikasi. thats why i choose "Jari"...