Thursday 24 March 2011

Berubahnya Arah Angin & Ancaman Peluang


bERUBAHNYA ARAH ANGIN
kadang-kadang bila kita berdiri ditempat yang lapang, kita boleh rasa arah tiupan angin yang berubah-ubah. Apa yang Allah jadikan disekeliling kita ni semuanya saling berkait. Antaranya manusia dengan angin. dalam aspek manusia, angin itu merupakan mood, atau perasaan kita. sepertimana angin, ia sering berubah haluan, sekejap ke utara, kejap ke selatan, timur, barat. macam perasaan kita, sering berubah-ubah.ada time la..mcm angin jugak, perasaan berubah tanpa perlu diubah oleh kita.secara automatiknya akan berubah sendiri. mungkin semalam kita gembira, tapi bila bangun dari tidur, kita boleh jatuh mood...entah kenapa jadi macam tu masih menjadi misteri walaupun pelbagai teori telah di ketengahkan. tapi itulah salah satu kehebatan Allah.. membuktikan Dia mampu mengubah segalanya dalam kurang sekelip mata sekalipun. walaupun perkara yang sering kita terlepas pandang dan kecil.ia mampu mengubah seluruh hidup kita.ingatlah walaupun berubah sekecil zarah, sebesar jasad kesan mampu terubah...


ANCAMAN PELUANG

kita sering terlepas peluang, bukan kerana kita tak nampak peluang itu, tapi hanya biarkan peluang itu hanyut dek kita. Salah satu sebab nya, bila kita rasa peluang itu adalah ancaman bagi kita. Bak kata orang, Peluang hanya datang sekali. Cliche nya ayat ini samalah macam orang rasa peluang itu dah tak ada nilai. sesuatu peluang itu turun nilainya bila kita melihat ancaman di sebalik peluang itu. bayangkan kita dalam situasi di hutan, kita ternampak buah yang cukup segar, masak dan ranum dan kita mahukan buah itu. disamping itu jugak, kita ternampak duri-duri di dahan pohon buah itu yang menghalang kita dari memetik buah itu.ancamannya hanyalah duri tersebut,akhirnya kita membiarkan buah itu disitu untuk menunggu waktu busuknya sia-sia sahaja. rugikan? tapi itulah yang berlaku disekeliling kita. walaupun benda yang baik tetap mencari buruknya yang baik itu. ayat-ayat seperti, " Nanti kalau aku..", "boleh ke tak ni?...","ee..nanti aku kena...", dan sbgnya,inilah yang menjadikan peluang itu satu ancaman. Sebenarnya, bila kita melihat sesuatu, lihatlah dengan mata hati, bukan mata atas pipi. tapi bila kita dah terbiasa dengan soalan-soalan yang menutup mata kita daripada nampak peluang terus menjadi ancaman yang mampu membunuh hidup dalaman kita.Kita sememangnya dah tak boleh mengubah paradigma kita yang sering melihat peluang sebagai ancaman. tapi kita hanya boleh membantu diri kita untuk tidak terus berfikiran serong di dalam apa jua keadaan, perkara. Ikut hati mati, Ikut rasa binasa. susahnya kita untuk mendapat peluang. tapi lebih sukar jika peluang yang ada dirasakan jerat... Tak salah masuk jerat, bila masuk jerat ada dua jalan... terlepas dan terkandas.. tapi itulah hidup.. Persamaan hidup sama dengan ditambah dengan masalah, di darab dengan jerat, ditolak dengan keberanian, dibahagi dengan tawakal... Apapun yang terjadi, itulah yang terbaik buat diri kita...

Monday 14 March 2011

Cita-Cinta...

Asalamualaikum.. nak tau kenapa bukak cerite Cita-Cinta ni? ni sebenarnya judul lagu yg dinukil oleh Riz dari band Prahara(apa kabor le band aku ni sekarang) ...tetiba je terfikir... nak ke Universiti ni nak kejar Cita ke, kejar Cinta? ada sorang member aku ni masa mula masuk U, aku rasa semangat nak belajar tu ada membara-bara..masa masuk tu baru lepas clash kot.. tapi bila masuk U, dapat kenal dgn awek baru, couple... sejak tu, tak reti lekat kat umah..yg best bila Pitipiti N dah masuk.. beli laptop...main games dgn movie tak habis2. culture shock ke?sejak tu aku mula terfikir.. mana pergi semangat dia? aku fikir kat diri aku plak...mana semangat aku pergi?mana pergi semangat nak dapat pencapaian yang terbaik? Mudah sangat putus asa..kita ni memang mudah nasihat orang tapi diri kita sendiri yang patut dinasihat. bila dah terhantuk baru nak terngadah. serius aku hormat and tabik habis kat diorang yang mampu mengawal benda2 yang membantu kita untuk jatuh. macam Fad, Paan(OM223), fahmi,dia nampak degil tapi fikiran dia terbaek.walaupun aku baru kenal diorang..tapi betullah..pengalaman mengajar... orang yang tidak berfikir akan pengalamannya sama seperti orang yang buta berjalan di malam hari tanpa tongkat untuk menunjuk jalan. Insya-Allah, kalau boleh, ada rezeki dapat la hendaknya sambung lagi pembelajaran pada sem depan..sebab aku dah mula nampak jalan...tapi samar2 lagi. Dalam hidup ni, CINTA BOLEH DICARI DI MANA-MANA, TAPI CITA HANYA SATU JALAN SAHAJA UNTUK MENDAPATKANNYA...

Sunday 13 March 2011

Rasai kehangatan

bila dah masuk universiti ni, macam2 yang di lalui. ada yang buruk, sedih, mengecewakan, kepenatan paling utama, tido tak cukup..tapi tak kurang jugak yang menggembirakan. gelak, menyanyi dengan kawan2 yg xsmpai setahun pon kenal. tapi kami dah macam adik beradik.memang ada terasa kadang2 bila ditegur. tapi sudah menjadi adik beradik, carik carik bulu ayam lama2 bertemu balik kan? tapi ni lah lumrah yang dilalui saban tahun dari mula universiti kat Malaysia ni ditubuhkan, in lah benda yang dilalui.sama...cuma latar masa, tempat dan masyarakat yang berbeza2.tapi kat mana pon kita brada, dalam negara ke, luar negara ke, tetap sama.. bercakap pasal luar negara.. teringat kat Jepun yang baru kena Tsunami. Nasib baik member aku Hannan dah balik sehari sebelum bencana berlaku..tapi kan ada orang cakap bencana ni berlaku bukan sebab semulajadi, tapi ada satu pelepasan kuasa dari tentera Illuminati(nak tau Search kat mana2 taip Illuminates) Wallahualam... apa2 pon simpati yg teramat sangat kepada mereka yg terkena bencana. Sesungguhnya Allah itu Maha berKuasa atas tiap2 satu perkara. Aku dah mula takut sebenarnya bila terjadi benda2 macamni. entah bila Allah nak uji kita... aku pon masih hidup di awang-awangan lagi..bila lah aku nak sedar...

Saturday 12 March 2011

Jari mula berkata...

Asalamualaikum... Tiba2 tergerak nak buat blog.. dulu ada buat tapi lupa dah apa alamatnya... takpe orangkata yg dulu biar je berlalu... yg mendatang kita tak boleh biarkan berlalu.. kot2 kita boleh dapat rezeki dari situ.. InsyaALLah... sejak masuk Uitm Puncak Alam nih, macam2 benda dah jadi kat aku..bukan ape.. benda2 yg tak pernah dan yg tak pernah hingin aku buat aku kena wat jugak... tu lah kalau Allah kata ko nak kena, memang kena punya. by the way apa yang aku rasa aku tak boleh buat sekarang aku tak sangka aku boleh buat. Alhamdulillah...tapi ada jugak benda2 yang aku kantoi... Allah...aku tak tau nak buat macamana... tapi Allah tu ada...aku percaya dia boleh tolong... tapi Allah takkan tolong orang yang tak mahu tolong dirinya sendiri...kadang2 aku mcm tu la.. Ya Allah tolong ubah aku... Sesungguhnya kau maha berkuasa atas segala-galanya... tapi kenapa jari?? kenapa aku pilih jari sebagai status ataupun title aku?? sebab bagi aku jari ni adalah sesuatu yang paling unik. ia melambangkan kesempurnaan, dengan jari kita berderia sentuh. dengan jari kita bekerja, dengan jari kita menghilangkan kesedihan.. dan dengan jari juga kita berkomunikasi. thats why i choose "Jari"...