Monday, 14 March 2011

Cita-Cinta...

Asalamualaikum.. nak tau kenapa bukak cerite Cita-Cinta ni? ni sebenarnya judul lagu yg dinukil oleh Riz dari band Prahara(apa kabor le band aku ni sekarang) ...tetiba je terfikir... nak ke Universiti ni nak kejar Cita ke, kejar Cinta? ada sorang member aku ni masa mula masuk U, aku rasa semangat nak belajar tu ada membara-bara..masa masuk tu baru lepas clash kot.. tapi bila masuk U, dapat kenal dgn awek baru, couple... sejak tu, tak reti lekat kat umah..yg best bila Pitipiti N dah masuk.. beli laptop...main games dgn movie tak habis2. culture shock ke?sejak tu aku mula terfikir.. mana pergi semangat dia? aku fikir kat diri aku plak...mana semangat aku pergi?mana pergi semangat nak dapat pencapaian yang terbaik? Mudah sangat putus asa..kita ni memang mudah nasihat orang tapi diri kita sendiri yang patut dinasihat. bila dah terhantuk baru nak terngadah. serius aku hormat and tabik habis kat diorang yang mampu mengawal benda2 yang membantu kita untuk jatuh. macam Fad, Paan(OM223), fahmi,dia nampak degil tapi fikiran dia terbaek.walaupun aku baru kenal diorang..tapi betullah..pengalaman mengajar... orang yang tidak berfikir akan pengalamannya sama seperti orang yang buta berjalan di malam hari tanpa tongkat untuk menunjuk jalan. Insya-Allah, kalau boleh, ada rezeki dapat la hendaknya sambung lagi pembelajaran pada sem depan..sebab aku dah mula nampak jalan...tapi samar2 lagi. Dalam hidup ni, CINTA BOLEH DICARI DI MANA-MANA, TAPI CITA HANYA SATU JALAN SAHAJA UNTUK MENDAPATKANNYA...

2 comments:

  1. CINTA adalah CITA, CITA adalah CINTA , saling berkait rapat, dimana ada CITA, disitu kuatnya CINTA utk dapatkan CITA..kalao ckp pasai CINTA yg "jodoh" jgn risau..jodoh ada dimana2..cuma masa yg diperlukan saja..cewah..:) nice entry!

    ReplyDelete