Thursday 24 March 2011

Berubahnya Arah Angin & Ancaman Peluang


bERUBAHNYA ARAH ANGIN
kadang-kadang bila kita berdiri ditempat yang lapang, kita boleh rasa arah tiupan angin yang berubah-ubah. Apa yang Allah jadikan disekeliling kita ni semuanya saling berkait. Antaranya manusia dengan angin. dalam aspek manusia, angin itu merupakan mood, atau perasaan kita. sepertimana angin, ia sering berubah haluan, sekejap ke utara, kejap ke selatan, timur, barat. macam perasaan kita, sering berubah-ubah.ada time la..mcm angin jugak, perasaan berubah tanpa perlu diubah oleh kita.secara automatiknya akan berubah sendiri. mungkin semalam kita gembira, tapi bila bangun dari tidur, kita boleh jatuh mood...entah kenapa jadi macam tu masih menjadi misteri walaupun pelbagai teori telah di ketengahkan. tapi itulah salah satu kehebatan Allah.. membuktikan Dia mampu mengubah segalanya dalam kurang sekelip mata sekalipun. walaupun perkara yang sering kita terlepas pandang dan kecil.ia mampu mengubah seluruh hidup kita.ingatlah walaupun berubah sekecil zarah, sebesar jasad kesan mampu terubah...


ANCAMAN PELUANG

kita sering terlepas peluang, bukan kerana kita tak nampak peluang itu, tapi hanya biarkan peluang itu hanyut dek kita. Salah satu sebab nya, bila kita rasa peluang itu adalah ancaman bagi kita. Bak kata orang, Peluang hanya datang sekali. Cliche nya ayat ini samalah macam orang rasa peluang itu dah tak ada nilai. sesuatu peluang itu turun nilainya bila kita melihat ancaman di sebalik peluang itu. bayangkan kita dalam situasi di hutan, kita ternampak buah yang cukup segar, masak dan ranum dan kita mahukan buah itu. disamping itu jugak, kita ternampak duri-duri di dahan pohon buah itu yang menghalang kita dari memetik buah itu.ancamannya hanyalah duri tersebut,akhirnya kita membiarkan buah itu disitu untuk menunggu waktu busuknya sia-sia sahaja. rugikan? tapi itulah yang berlaku disekeliling kita. walaupun benda yang baik tetap mencari buruknya yang baik itu. ayat-ayat seperti, " Nanti kalau aku..", "boleh ke tak ni?...","ee..nanti aku kena...", dan sbgnya,inilah yang menjadikan peluang itu satu ancaman. Sebenarnya, bila kita melihat sesuatu, lihatlah dengan mata hati, bukan mata atas pipi. tapi bila kita dah terbiasa dengan soalan-soalan yang menutup mata kita daripada nampak peluang terus menjadi ancaman yang mampu membunuh hidup dalaman kita.Kita sememangnya dah tak boleh mengubah paradigma kita yang sering melihat peluang sebagai ancaman. tapi kita hanya boleh membantu diri kita untuk tidak terus berfikiran serong di dalam apa jua keadaan, perkara. Ikut hati mati, Ikut rasa binasa. susahnya kita untuk mendapat peluang. tapi lebih sukar jika peluang yang ada dirasakan jerat... Tak salah masuk jerat, bila masuk jerat ada dua jalan... terlepas dan terkandas.. tapi itulah hidup.. Persamaan hidup sama dengan ditambah dengan masalah, di darab dengan jerat, ditolak dengan keberanian, dibahagi dengan tawakal... Apapun yang terjadi, itulah yang terbaik buat diri kita...

No comments:

Post a Comment